Monday, March 9, 2009

..English hampehh.. BM hancuss..

Ekceli..banyak yang aku nak citer.. pasal emas naik rege.. pasal budak skolah kena buli & buli balik.. pasal orang politik perangai cam budak-budak.. pasal birthday aku dah nak dekattt.. uihhh.. banyak lagi topik-topik paneh yang penceramah tak bertauliah ni nak membebel ni.. Tapi satu benda laa yang aku cukup tak berkenan sangat.. pasal perangai ORANG MELAYU skang ni.. dah macam ‘tak tentu arah’.. sikit-sikit melatah.. melenting.. mengamuk.. ada je yang tak kena.. Kadang-kadang benda-benda kecik pun nak besar-besarkan.. tak rasional langsung!..

Haa..sudahh.. macam nak masuk bab politik lak ni.. Aku tak nak campo hal yang melibatkan politik ni.. cuma aku nak komen & bagi pendapat aku sikit pasal isu mata pelajaran Math & Science dalam bahasa Inggeris tu laa.. Aku memang tak paham apsal laa orang Melayu ada yang tak setuju.. Kenapa takut sangat nak belajar subjek tu dalam bahasa Inggeris?.. Sepatutnye mak-bapak lagi galakkan anak-anak bercakap bahasa Inggeris sejak kecik-kecik lagi.. Cuba tengok kita skang ni.. aku amik contoh aku sendirik laa.. masa skolah dulu memang gerun subjek bahasa Inggeris ni sebab kureng cerdik sikit nak speaking-speakang tuu.. tapi bila dah abih SPM sambung belajar amik diploma & degree baru confident tuu datang.. walaupun tunggang langgang laa jugakk.. Puncanya masa sekolah rendah dolu-dolu..kita tak tekankan sangat subjek English ni.. Bukan nak salahkan mak-bapak kita dolu-dolu..Cuma aku rasa diorangpun ramai yang tak berapa pandai sangat macam mak-bapak sekarang ni..

Kalau alasan yang diorang bagi.. kata result subjek math & science ni tak memberangsangkan, something wrong somewhere laa.. English yang diorang gunakan bukannye yang bombastic.. basic English je.. so apa yang ditakutkan sangat? Mungkin jugak orang Melayu rasa.. belajar Math & Science dalam bahasa Inggeris ni bagi advantage kat orang Cina & India.. tak masuk akal langsung.. Budak-budak Cina & India tu look like terror je cakap bahasa Inggeris sebab dari kecik mak-bapak diorang dah bagi pendedahan.. hari-hari speaking. So, apa salahnye kalau orang Melayu amik peluang ni untuk bagi pendedahan awal pada anak-anak.. kalau rasa diri diorang tu tak pandai bahasa Inggeris. Takkan sebab diorang yang tak pandai bahasa Inggeris.. anak-anak jadi mangsa?.. Betul tak?.. Kadang-kadang tuu.. aku malu tengok ada mak-bapak Melayu yang cuba-cuba.. konon-kononnye nak ajar anak-anak kecik diorang yg baru setahun-dua tuu..speaking English.. Baby..come here.. eat rice. You want fish?.. Camano tu?..

Kalau belajar bahasa Math & Science dalam bahasa Inggeris bukan laa bermaksud kita tak mendaulatkan bahasa Melayu.. tapi kalau anak-anak kita dah besar nanti nak gi belajar obersea.. ada ke subjek dalam bahasa Melayu?.. Yang sibuk perjuangkan supaya Math & Science tak diajar dalam bahasa Inggeris tu terror sangat ke bahasa Melayu?.. Terror laa kut.. tapi dalam masa 15 ke 20 tahun lagi.. diorang tu ada lagi ke?.. Anak-anak kita gak jadi mangsa..bukan diorang.. Jadi tradisi ini akan terus berulang..berterusan.. tetap 'kurang pandai' sampai bila-bila… Yang sibuk berjuang habis-habisan tuu.. pernah ke berjuang nak memertabatkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa?.. ada masa kita kena laa rasional & berpikiran positif.. jangan asyik nampak yang negatif je.. bila nak berkembang..

Kalau setakat belajar dua subjek tuu campo dengan subjek bahasa Inggeris.. takkan hilang jati diri kita sebagai orang Melayu.. bukannya kita terus tak cakap bahasa Melayu.. Kata laa 3 subjek tuu belajar 3 jam sehari.. seminggu 15 jam.. sebulan 60 jam.. setahun 720 jam je.. tu pun kalau anak-anak kita tiap-tiap hari pegi sekolah takde coti-coti.. direct setahun!.. Tapi ada 8040 jam lagi dalam setahun nak cakap bahasa Melayu.. Haa..cakap laa puas-puas..! 5% je masa diorang nak kena paksa belajar bahasa Inggeris dalam setahun.. macam mana nak pandai?..

..lu pikir laa sendirii..


p/s : ..jangan komen BM aku.. SPM aku A1 tau.. don't play-play haa..

5 comments:

  1. hmmm... orang melayu tu ntah apa2 ntah ... ;)

    ReplyDelete
  2. marah sungguh cikgu nie...heheh...nak buat camner jimmy...kalau dah mental block nie susah sket...ada lah pro and cont dia....aku rasa mahathir dah pikir abis2 dah dulu...rakyat m'sia nie takkan maju kalau tak berubah...nak buat camner...semua nampak yang -ve jer...tapi kan...aku ada terbaca satu article pasal bahasa nie...kenapa negara2 macam german, jepun, france tak sibok2 nak mengenglishkan rakyat dia...dia tetap maju jugak...so aku rasa betullah mahathir punya strategi tu...rakyat2 jepun/german/france tu...dengan bahasa apa pun boleh maju sebab rajin/creative dsb...tapi kita tak maju2 juga walau bahasa apa pun kita pakai...hmm entah lah...

    ps..jimmy bm aku dpt brapa hah..kau tau tak...heheh...jgn mare ha

    ReplyDelete
  3. Aku setuju ngan Amy... Jepun, German cakap English ntah apa2, boleh maju. Apsal tak Mesia? Aku kesian kat bebudak sekolah, jap nak belajar Math & Science dalam English.. Kalo tukar nanti... tak ke kelam-kabut? Bebudak ngan parents bebudak jugak yang stress... Gomen pun kalo dah buat decision, stick to it! Boleh nak tukar2 plak. Samala cam announce tol nak naik, tapi boleh pulak tak naik...@$#@* Sakit jiwa rakyat dibuatnya...

    ReplyDelete
  4. ..Jimmy stress ni tauu.. pening pikir masalah ni walaupun anak Jimmy baru je nak masuk setahun.. over excited gituu..hehh..

    ReplyDelete
  5. baru berpeluang membaca artikel ini.

    kita tak maju2 walaupun guna BI or BM compared to german, jepun, france yg gune bahasa sendiri kerana...

    R & D mereka bagus. buleh kuar model krete baru ciptaan sendiri 3-4 kali setahun. R & D kita?

    lu pikir la sendiri.

    p/s arwah tok saya, seorang penoreh getah, penah kata kalau bahasa asing tu buleh wat melayu maju, apa salahnye belajar bahasa tu

    ReplyDelete