..bila orang kata
‘cinta itu buta..’ ramai yang tersengehh.. ada yang tersenyum sumbing.. tak kurang jugak yang tergelak sinis.. yang mencebik pun ada.. ada pulak yang dengan confident nya kata
..aarrgghh..mengarut la semua tu.. tapi jangan tak caya ramai jugak yang bersetuju dengan statement ni terutama pada sapa-sapa yang pernah mengalaminya..
Ahh..sudahh..bukak bab cinta-cintun la pulakk..
Letih la sikittt.. tapi cerita cinta yang nak aku kongsi ni lain sikit.. bukannya ala-ala cinta monyet budak-budak remaja skang ni..cintan main hantar-hantar lagu laa..(macam pernah buat je dulu..) SMS dah tak kira siang-malam..tengah memerut dalam toiletpun sempat lagi hantar mesej ..eiii..rimas you!..apa la agaknya yang diorang tu dok sms kan?.. tapi biasa laa.. time bercinta kentutpun wangi..
‘Bertemu-jodoh’ di usia emas.. jangankan saudara-mara, tuan punya badanpun kadang-kadang tak pernah terpikir akan bertemu dengan orang yang dapat ‘memikat’ hati dan akhirnya membuat satu keputusan untuk hidup berdua. Begitulah hebatnya kuasa tuhan..orang kata kalau dah jodoh tak ke mana. Seorang ibu tunggal yang kematian suami secara mengejut ketika usianya baru 32 tahun bertekad membesarkan anak yang ketika itu baru berusia lima tahun seorang diri. Kini hanya selepas 26 tahun baru hatinya terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki yang bergelar suami. Cik Leha (bukan nama sebenar..hehhh..), makcik kami yang memang terkenal dengan sikap penyayang, pemurah, suka berjenaka dan easy going.. memang jarang-jarang kami lihat susah hati.. tapi dalam hati tak siapa yang tahu. Mungkin ‘kesepian’ nya selama ini terlindung dek sikapnya yang ceria.. Yang pasti Pakcik Salleh (bukan nama sebenar..iskk..) ..bukan calang-calang orang.. seorang bapa tunggal yang juga kehilangan isteri.. dialah lelaki yang berjaya mencairkan hati makcik kami tu. Perrgghhh…bukan main meriah majlis dioranggg.. sekampung datanggg..
Mungkin pada usia sebegini..bukan sekadar cinta yang mereka perlukan. Tetapi apa yang lebih penting adalah perhatian.. kasih sayang dan keserasian.
Kasih sayang orang-orang tua ni.. kadang-kadang lebih romantik..