Thursday, January 1, 2009

..Selamat tinggal 2008..

..jangan la tanya apa azam aku tahun 2008.. bukannya lupa, tapi dah tak berapa nak ingat..! ..rasanya macam banyak je tapi akupun tak sure dah tercapai ke tidak.. Macam tu la tiap-tiap tahun.. Tapi apa yang pasti tahun 2008 memang banyak sangat kenangan manis dalam hidup aku.. confirm!


Tak kisah la korang nak kata 'azam' ke..'cita-cita' ke.. atau apa je yang sewaktu dengannya.. yang aku tau 'hajat' & 'keinginan' aku nak jadi seorang 'bapak' akhirnya tercapai.. 13 Mac 2008 hari Khamis jam 9.25 pagi, puteri kesayangan aku QASEH EMILY buat pertama kalinya mula melihat dunia.. dan bermula dari saat itu jadilah aku seorang 'babah' yang paling bahagia kat atas planet bumi ni.. Itulah hadiah hari jadi yang paling berharga dan bermakna dalam hidup aku selama hari ini.. Penantian selama lapan tahun cukup mengajar erti kesabaran.. dan kesabaran itu berbaloi.. Tuhan tu Maha Kaya.. Maha Adil dan Maha Mengetahui.. macam-macam cara Dia bleh test kita.. Sabor je laa...




Tu satu.., tahun 2008 jugaklah yang membuka jalan untuk aku melangkah lebih jauh dalam kerjaya.. Wujud satu kekuatan dalam diri untuk aku 'berhijrah' keluar dari comfort zone yang dah lebih 13 tahun aku lalui.. 15 December 2008 aku melapor diri di sebuah syarikat baru.. tempat kerja baru.. buat kerja baru.. jumpa kawan baru.. semua laa baru.. (first day pakai baju & seluar baru tuu be..) yang mana aku ingat pengalaman hari pertama macam tu jugak pernah aku lalui pada 13 Julai 1995.. Cuma suasana tu memang jauh la berbeza..13 tahun dulu aku baru lepas grad. masuk kerja first day memang look like stupid betul.. Skang ni lak masuk tempat kerja baru.. look like good laa..


..2008.. apa lagi ekk.. ni tengah nak recall laa ni..

No comments:

Post a Comment