Sunday, March 22, 2009

..something to SHARE...

..few days ago.. I received an interesting e-mail from one of my good friend..

..just wanna share something with you guys..


40 THINGS IN LIFE:

Health:

1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time to practice prayer, meditation and yoga..
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.


Personality

11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.


Society

25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.


Life

32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least

40. Please Share this to everyone you care about...




..wahh.. tetiba aku jadi cam bermotivasi gilerr plakk ni..

Saturday, March 14, 2009

..happy birthday QASEH EMILY..!!..muahhh..

..Semalam 13hb March 2009.. hari jadi anak dara aku..Qaseh Emily.. pejam-celik pejam-celik dah setahun dahh.. cepat betul masa berjalan kan? Aku rasa macam baru je lagi aku kat bilik bersalin UKM Specialist Centre.. tengok sendiri camana anak aku lahir.. masa tu macam tak caya je yang aku dukung tu anak aku sendiri.. iskk..

Seronok jadi bapak ni rupa-rupanya ye.. tengok anak membesar depan mata.. letih tu memang letih laa.. walaupun tak seletih maknya.. tapi bila tengok keletah anak tuu hilang rasa letih..

Hari jadi yang pertama ni kitorang takde la sambut besar-besar.. setakat beli kek satu nak bagi dia rasa tiup lilin.. diapun tak tau apa-apa lagi pasal birthday ni.. mungkin bila dia dah besar sikit.. dah pandai berkawan barulaa kitorang buat majlis ajak kawan-kawan dia..

Aksi-aksi manja Qaseh..


..standby.. 1..2..3.. tiup..


..tiup tak keluar angin.. keluar air liur daa..


..potong kek laa..


..yess.!! aku dah setahunn..



..muuaahh.. babah & mama sayang Qaseh..

Wednesday, March 11, 2009

..dari aku ..untuk aku.. kesiannye..

…iskk.. 2 hari je lagi birthday aku yang ke ..tuuuttt… tapi takde laa rasa cam tua sangat kut.. aku rasa laa..! tapi kalau orang tengok aku ni macam dah tua.. lantak pi laa.. baik korang gi scan bijik mata tu.. kut-kut ada taik mata melekat dah jadik batu karang ke.. so vision is not clear.. aku tak campo!..

Di saat-saat usia yang dah semakin.. semakinn.. what’s the best word to describe huhh?.. Matured.. emmm.. kira-kiranya tengah ‘masak ranum’ laa.. terpikir jugak.. ada ke orang nak bagi aku hadiah besday?.. ishh..ishhh.. sungguh sukar untuk dijawap.. Nak mintak kat bini.. hadiah besday dia tahun lepas pun aku tak bagi lagi.. (bukan tak bagi..; tak bagi lagi…ok?).. So..ndak tak ndak.. aku kena pikirkan sendiri apa hadiah yang paling best untuk aku.. BELI SENDIRI…!!

..tahun lepas sehari lepas besday aku.. aku dapat hadiah yang paling berharga dalam idup.. QASEH EMILY.. anak dara aku yang dah nak masuk setahun tuu.. Alamakk.. lupa plak.. hadiah dia lagi.. ishh.. nak kena pikir jugak ni..

Untuk aku...antara calon-calon yang layak ke final untuk tahun ni.. jeng.. jeng.. jenggg..

..Apple iphone 3G tuu..gilerr..


..atau mungkin kah ini?..

..Nokia E71..baru laa nampak cam professional sikit..gaya mesti lebih beb..

..takpun..busuk-busuk pun yang ni..

..Nokia 5800.. expressi dirimu.. remaja laa sikit..

..besar cita-cita.. tak tau laa ada bajet ke tak ni..

Nota : Kepada sesiapa yang sudi untuk memberi sumbangan ikhlas.. hanya Tuhan yang dapat membalas.. terharu gitu..

Monday, March 9, 2009

..English hampehh.. BM hancuss..

Ekceli..banyak yang aku nak citer.. pasal emas naik rege.. pasal budak skolah kena buli & buli balik.. pasal orang politik perangai cam budak-budak.. pasal birthday aku dah nak dekattt.. uihhh.. banyak lagi topik-topik paneh yang penceramah tak bertauliah ni nak membebel ni.. Tapi satu benda laa yang aku cukup tak berkenan sangat.. pasal perangai ORANG MELAYU skang ni.. dah macam ‘tak tentu arah’.. sikit-sikit melatah.. melenting.. mengamuk.. ada je yang tak kena.. Kadang-kadang benda-benda kecik pun nak besar-besarkan.. tak rasional langsung!..

Haa..sudahh.. macam nak masuk bab politik lak ni.. Aku tak nak campo hal yang melibatkan politik ni.. cuma aku nak komen & bagi pendapat aku sikit pasal isu mata pelajaran Math & Science dalam bahasa Inggeris tu laa.. Aku memang tak paham apsal laa orang Melayu ada yang tak setuju.. Kenapa takut sangat nak belajar subjek tu dalam bahasa Inggeris?.. Sepatutnye mak-bapak lagi galakkan anak-anak bercakap bahasa Inggeris sejak kecik-kecik lagi.. Cuba tengok kita skang ni.. aku amik contoh aku sendirik laa.. masa skolah dulu memang gerun subjek bahasa Inggeris ni sebab kureng cerdik sikit nak speaking-speakang tuu.. tapi bila dah abih SPM sambung belajar amik diploma & degree baru confident tuu datang.. walaupun tunggang langgang laa jugakk.. Puncanya masa sekolah rendah dolu-dolu..kita tak tekankan sangat subjek English ni.. Bukan nak salahkan mak-bapak kita dolu-dolu..Cuma aku rasa diorangpun ramai yang tak berapa pandai sangat macam mak-bapak sekarang ni..

Kalau alasan yang diorang bagi.. kata result subjek math & science ni tak memberangsangkan, something wrong somewhere laa.. English yang diorang gunakan bukannye yang bombastic.. basic English je.. so apa yang ditakutkan sangat? Mungkin jugak orang Melayu rasa.. belajar Math & Science dalam bahasa Inggeris ni bagi advantage kat orang Cina & India.. tak masuk akal langsung.. Budak-budak Cina & India tu look like terror je cakap bahasa Inggeris sebab dari kecik mak-bapak diorang dah bagi pendedahan.. hari-hari speaking. So, apa salahnye kalau orang Melayu amik peluang ni untuk bagi pendedahan awal pada anak-anak.. kalau rasa diri diorang tu tak pandai bahasa Inggeris. Takkan sebab diorang yang tak pandai bahasa Inggeris.. anak-anak jadi mangsa?.. Betul tak?.. Kadang-kadang tuu.. aku malu tengok ada mak-bapak Melayu yang cuba-cuba.. konon-kononnye nak ajar anak-anak kecik diorang yg baru setahun-dua tuu..speaking English.. Baby..come here.. eat rice. You want fish?.. Camano tu?..

Kalau belajar bahasa Math & Science dalam bahasa Inggeris bukan laa bermaksud kita tak mendaulatkan bahasa Melayu.. tapi kalau anak-anak kita dah besar nanti nak gi belajar obersea.. ada ke subjek dalam bahasa Melayu?.. Yang sibuk perjuangkan supaya Math & Science tak diajar dalam bahasa Inggeris tu terror sangat ke bahasa Melayu?.. Terror laa kut.. tapi dalam masa 15 ke 20 tahun lagi.. diorang tu ada lagi ke?.. Anak-anak kita gak jadi mangsa..bukan diorang.. Jadi tradisi ini akan terus berulang..berterusan.. tetap 'kurang pandai' sampai bila-bila… Yang sibuk berjuang habis-habisan tuu.. pernah ke berjuang nak memertabatkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa?.. ada masa kita kena laa rasional & berpikiran positif.. jangan asyik nampak yang negatif je.. bila nak berkembang..

Kalau setakat belajar dua subjek tuu campo dengan subjek bahasa Inggeris.. takkan hilang jati diri kita sebagai orang Melayu.. bukannya kita terus tak cakap bahasa Melayu.. Kata laa 3 subjek tuu belajar 3 jam sehari.. seminggu 15 jam.. sebulan 60 jam.. setahun 720 jam je.. tu pun kalau anak-anak kita tiap-tiap hari pegi sekolah takde coti-coti.. direct setahun!.. Tapi ada 8040 jam lagi dalam setahun nak cakap bahasa Melayu.. Haa..cakap laa puas-puas..! 5% je masa diorang nak kena paksa belajar bahasa Inggeris dalam setahun.. macam mana nak pandai?..

..lu pikir laa sendirii..


p/s : ..jangan komen BM aku.. SPM aku A1 tau.. don't play-play haa..

..dunia nak kiamat?...hahh?..

.aku pun tak tau apa yang aku sibuk.. tapi semenjak dua-menjak ni memang sibuk giler.. cuma tak laa sampai giler.. 24 jam yang tuhan bagi untuk satu hari tuu rasa cam tak cukup je.. heran aku. Nak buat itu-ini.. kena pandai-pandai curik masa.. Kalau masa yang ada pun kena curik-curik.. camano ekk?

Dunia dah nak kiamat dah nii.. ishh.. gerun lak aku memikior kan nye..

Saturday, February 14, 2009

Valentine's Day?!..oh! no!.. oh! yeahh?!..


...wuishh..tergedik-gedik laa dapat bunga tuu.. boipren bagi kononn..! Ishh..apa laa nak jadik orang melayu skang ni kan.. sibuk jugak nak celebrate Hari Kekasih.. Valentine’s Day apekenama ehh tuu.. Diorang ni tak tau ke itu bukan budaya kita.. itu perayaan orang Kristian tuu..sempena memperingati hari kematian salah sorang paderi diorang.. ehh.. betul ke fakta aku ni?.. takpelaa.., janji kita sebagai orang Islam takleh sambut!.. Kalau betul nak berkasih-sayang sangat.. hari-haripun boleh.. takyah tunggu 14 Februari..

Semalampun masa aku semayang Jumaat kat Masjid Kg. Baru.. khatib tu ada berkhutbah pasal tajuk ni.. aku tengok ramai yang senyum.. Ekceli nye aku takde laa kisah sangat pasal mende ni.. sebab dolu-dolu pun aku ada gak buat..hihikk.. tapi tuu dolu.. skang tobat tak buat dahh.. Aku ingat lagi masa kat MRSM Jasin dulu..ada gak unsur-unsur sambutan macam ni. Ada program ‘request-request’ gituu.. biasanye pakai buah apple @ oren laa.. siap ngan kad ucapan lagi. Aku siap jadi penganjur lagi.. Akupun dapat gakk.. buah ati bagi.. Aku ada jugak sekali-sekala bagi kat orang.. tapi tak ingat lak aku bagi kat sape..buah ati aku ke.. buah ati orang lainnn..kuang..kuang..kuanggg..

Masa aku kat ITM Dungun lagi best.. sebabkan jeles kat atas meja aku ada dua bijik apple request dari S.A. (secret admirer le tuu..).. roommate aku si Hulk (bukan nama sebenar..) siap buat request hantar kat nama sendiri.. pas tuu apa lagi.. kecoh laa se-blok si Hulk dapat apple request dari awekk.. gempakk siutt..

Haa..ni lagi best.. hari Khamis ari tuu..masa kat opis aku dapat sejambak bunga rose kaler pink..aku kira ada dalam 15 kuntum tuu.. tapi bukan aku sorang laa.. ada 4 orang lagi geng se-department akupun dapat gakk.. Bunga sempena Valentine Day laa tuu.. dari one of our Creative Agency.. hishh.. nasib baik company tu bukan company melayu.. Orang dah bagi kitorang belassahh je laa.. bukannye mintakpun..



Aku bawak laa balik bunga tuu bagi kat bini.. lagipun hari tuu 12hb Februari.. kitorang punya anniversary ke 9.. bukannye wedding anniversary, tapi anniversary kitorang bertunang.. cehh..bertunangpun ada anniversary tuu.. (12 Feb. 2000). Bini aku apalagi.. senyum sampai ke telinga laa..dapat bunga! ..walaupun dalam hati dia mesti kata..

“buang tebiat ke laki aku ni..”


zwani.com myspace graphic comments

Sunday, February 8, 2009

..benda yang aku tak suka nak citer.. tapi terpaksaa!!..

..aku seboleh-bolehnya taknak laa citer pasal benda ni kat sini.. sebab bagi aku apa-apa yang berkaitan dengan perkara ni, aku ada pandangan dan pegangan aku sendiri. Aku ikut apa yang aku rasa betul.. betul dari segi apa tuu.. subjektif.

Masing-masing ada pandangan dan pendapat sendiri.. orang lain suka ke tidak.. itu terpulang. Kalau kita asyik ingat dan rasa diri kita saje yang betul.. maknanya orang lain yang tak sependapat dengan kita akan sentiasa salah.. iyetakk?..

Bagi aku.. apa saje yang kita fikir, rasa dan buat mestilah rasional.. waras dan boleh diterima akal dan jangan laa terlalu mengikut emosi. Seseorang yang terlalu mengikut emosi biasanya jarang berfikir panjang..

MELAMPAUUU… KURANG AJARR.. BIADAP.. TAK SEDAR DEK UNTUNGGG…!!

..itu mungkin apa yang aku akan cakap kat depan muka mamat sekor yang tak sedar diri ni.. kalau laa aku dapat jumpa dia face to face.. Mungkin ilmu dia tinggi.. (bukan laa ilmu hitam walaupun dia memang hitamm..) tapi bila dia rasa dia dah cukup bagus.. dia dah tak takut kat semua orang. Dia laa yang paling kebal.. JANGAN MAIN-MAIN DENGAN SAYA.. itu amaran dia kepada rakyat Malaysia!..dia lah yang TERHEBAT di mayapada ini!!.. kunun-kunun nye…

Aku taknak persoalkan prinsip atau apa saje yang diperjuangkannya.. mungkin dia rasa dia betul sebab nak tegakkan demokrasi. Aku.. no comment. Tapi dia berani memperlekehkan kedaulatan orang Melayu di tanahair kita sendiri.. Kalau orang macam dia berani nak mencabar institusi Raja-raja Melayu.. bermakna selama ni dia memang tak pernah ada rasa hormat pada orang Melayu. Lepas ni apa lagi kuasa orang Melayu yang ada? Kuasa ekonomi kita tak sekuat mana.. hanya kedaulatan Raja-raja Melayu ni la yang tinggal untuk pertahankan kuasa orang Melayu.. Melayu berkuasa maknanya Islam jugak berkuasa!

Nak harapkan politik Melayu? ..jangan laa.. yang ada sekarang ni pun dah cukup memualkan.. baik kerajaan mahupun pembangkang.. permainan politik terlampau ketara. Apa yang berlaku selama ni dah macam drama swasta.. tengok boleh percaya jangannn..

Aku tak nak prejudis.. tapi bagi aku, semangat orang Melayu jangan cuba dibakar.. sekali tersentuh.. aku yakin walau dari parti manapun diorang.. akan BERSATU!!.. Kalau ada Melayu yang tak tersentuh.. mungkin Melayu tuu hanya pada bin atau binti nya saje.. bukan pada jiwa!..




..aku Melayu tulennn.. tulenn banggg..tulenn..

Saturday, February 7, 2009

..JOMM ..kita pakat boikot ramai-ramai..


..ni je laa yang termampu kita buat..
takkan nak gi perang sekali kut..

..kutu..ohh kutuu..


...ehhh..hari ni 7 haribulan laa..aisehh..hari Sabtu la pulakk..ishh.. nak tak nak kena laa tunggu hari Selasa.. Isnin coti plak tuu..hampeh tul laa.. Bukan apa, bulan ni turn aku dapat duit ‘kutu’..hehhh..

..Aku maleh nak layan kalau ada orang tanya.. apo pekdah ehh main kutu ni wehh?.. Aku tak kesah kalau ada sapa-sapa yang nak gelakkan ke.. ngutuk ke.. ngata ke.. pendek kata.. ada aku pedulikk?!.. Akupun sebenarnya suka-suka je join ‘the Kutu Associate..’ kat ofis lama aku tuu.. sebulan RM50 untuk satu kepala.. satu team ada 12 kepala.. tapi ada 2 team sekali jalan.. so, setahun laa to complete one full round. Aku amik 2 kepala..(?!..) so RM100 la sebulan..

Tapi main kutu kat ofis ni seronok gakk.. tetiap bulan ‘mak kutu’ yang tersohor kat ofis lama aku tuu datang dari meja ke meja ‘anak-anak kutu’ nak collect duit.. so kiranya ni satu kaedah menyimpan duit secara paksa-rela laa.. Cuma sebab zaman dah canggih skang ni..aktiviti kutip duit dari meja ke meja ni dah kurang sikit.. pakai online je.. anak kutu online duit ke mak kutu.. cukup je mak kutu terus online kan ke penerima bertuah for the month.. haa.. senang sangat dahh.. yang penting no. account mesti betul..

Kalau nak ikutkan la, baik mak kutu ke.. anak kutu ke.. bukan dapat untung apa-apa pun.. sebulan bayar RM100 cukup setahun dapatlaa RM1200.. no interest.. no riba’.. clean gitu..! Cuma konsep perkongsian yang diamalkan oleh Persatuan Kutu-Kutu Sedunia.. dapat cepat atau lambat ikut turn yang kita cabut undi masa mula-mula tuu je.. Tapi yang dah dapat jangan coba-coba nak ‘melesap’kan diri.. boleh koma kena belasah..

Main kutu zaman mak-mak kita dolu-dolu..lagi hebat. Aku ingat lagi mak aku dulu.. main kutu pinggan mangkuk laa.. kutu tupperware laa.. Skang ni tak sure lak aku wujud tak lagi kutu-kutu cam tu.. aku rasa ada lagi kut kat seseparuh tempat tuu.. Kat kampong aku lama dah takde mende-mende tuu.. Setau aku laa.. diorang semua kalau nak beli cash je..apa kelass kutu-kutu ni…ekk?


Apa-apahal.. ni je laa species ‘kutu’ yang baik kat dunia ni kut.. kutu-kutu lain semuanye hampehhh..

.. kenangan terindahhh.. 5 Ogos 2000..



LUCKY..

# Do you hear me
i’m talking to you
across the water across the deep blue ocean
under the open sky, oh my, baby I’m trying

## Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

### Lucky I’m in love with you my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

They don’t know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I’ll wait for you I promise you, I will

Lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to becoming home again
Lucky we’re in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

# And so I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You hear the music fill the air
I’ll put a flower in your hair

# And though the breeze is through trees
Move so pretty you’re all I see
As the world keep spinning round
You hold me right here right now

zwani.com myspace graphic comments

p/s.. alamakkk..jiwang la pulakkk..

..dah jodoh ngan bestfriend..nyanyi je laa..

Sunday, February 1, 2009

..semalam di KUALA LUMPUR.. - part one..


..seronoknya hidup dua-tiga minggu ni..keje tiga hari, coti.. keje empat hari, coti lagi.. Mula dengan cuti Gong Xi Fa Cai empat hari..kerja sekejap, sambung cuti Hari Wilayah.. minggu depan nak sambut Thaipusam pulakkk.. cuti lagi. Alangkah indahnya hidup kat Malaysia ni ekk..tu lah namanya Cuti-Cuti Malaysia.. cuti je laa keje kau..

Hari ni 1 Februari.. Hari Wilayah Persekutuan ke 35 ..alamakk.. cam sebaya ngan aku je.. Diam tak diam rupa-rupanya dah dekat 14 tahun dah aku merantau ke Kelumpo ni.. iskk..burok naa bunyi ehh..Kelumpo tuu.. Kuala Lumpur la!.. Aku mula jadi warga KL ni dalam bulan Julai 1995. Walaupun dalam dua minggu pertama tu aku nyewa kat Seksyen 6 Shah Alam ngan kengkawan UiTM.. tapi aku keje kat area Medan Pasar.. kat tengah-tengah KL tuu beb.. Belakang ofis aku Masjid Jamek.. betul-betul terletaknya pertemuan dua batang sungai.. Sungai Klang ngan Sungai Gombak..jangan main-main.. tu fakta sejarah tuu di mana bermulanya Kuala Lumpur.. Tapi bau nyer, ya amatt..toksah citer laa..

Rumah sewa pertama aku kat KL ni..tu kat Kampung Baru. Ntah ngan sapa-sapa aku dudukpun aku tak kenal memula tuu.. aku dapat iklan rumah sewa ni pun kat Seven Eleven Jalan Raja Alang. Kat situ bermula laa sejarah hidup aku sebagai ‘orang KL’.. Banyak kenangan tercipta gituu.. banyak gak benda yang aku takleh lupo.. yang best ada.. yang giler-giler bestpun ada.. yang tak best gilerpun ada..

Bas Mini no.10 laa.. hari-hari aku naik nak pegi keje.. turun kat Bangkok Bank.. masa tu Dr.M baru bukak citer nak buat LRT.. apa bendanye LRT tu pun aku tak tau.. tak tercapai akalmu. Pagi-pagi nak breakfast banyak gerai kat lorong-lorong belakang bangunan kedai.. pilih je mana nak.. yang bersih ada yang kepam pun ada.. Kat depan ofis akupun ada satu makcik ni jual nasi lemak.. beratur tuu orang nak beli nasi lemak dia tapi giler babas mahal.. pegi haji balik-hari orang tua tuu.. Makan tengahari.. rasa nak nasi beriyani Hassan, pegi laa cari kat lorong Katak.. Nak makan goreng-goreng kat Roof top Central Market.. Kedai mamakpun depan ofis je.. Kalau time dapat gaji ..kaya sikit bleh makan fast-food kat Kotaraya.. perghh…senangnya hidup masa tuu... senang dalam erti kata.. enjoy sebab tak banyak masalah.. (walaupun kadang-kadang tuu ‘sesak’ bila dah dekat ujung-ujung bulan.. gaji kocik..)..

Bila weekend.. kalau tak balik kampong jumpa mak abah.. ada je la aktiviti sosial yang aku ngan kengkawan buat.. jarang-jarang laa kata nak duduk rumah saje-saje. Boleh mendatangkan sakit kepala tuu..

Hidup bujang ni seronok kalau dapat kengkawan yang sekepala.. boleh kongsi suka-duka.. kongsi segala benda..

Tapi, tu kisah dolu-dolu..

Skang ni..dah banyak sangat perubahan.. KL pun dah tak macam dulu.. Sesak..Padat.. Sendat.. Tersumbat.. Melekat.. hari-hari jem. Pegi-balik keje naik kereta tak sama ‘keseronokan’ nya dibandingkan dengan naik bas mini.. Kengkawanpun yang dulu sama-sama ke sana ke sinun.. semua dah sibuk ngan family masing-masing.. Yang pasti sekarang ni.. keseronokan sebenar datang bila dah sampai rumah.. bahagia tengok muka isteri dan anak.. waahh.. bapak mithali gituu…

Kuala Lumpur.. banyak mengajar aku erti kehidupan..

to be continued...jeng..jeng..jenggg...

Thursday, January 29, 2009

..laju salahh... slowpun salahhh..

..baru je semalam aku seronokk sesangat drive keta gi keje jalan tak jem..so hari ni aku expect cam semalam gak laa.. tapi hampehhh.. Mula-mula tu okay laa, sampai halfway dah mula slow.. ahh sudahh.. rupa-rupanya ada accident. Tak laa teruk sangat.. tapi ni kes drive syok sendiri laa ni ..terbabas langgar divider.

Aku heran betul laa...pantang jalan clear sikit mula la lupa daratan..bawak keta cam pelesit..bila accident nyusahkan orang!

Lepas accident tuu jalanpun clear balik.. tak sesak cam hari biasa. Ramai lagi yg coti-coti melesia kut.. raya cina sambung pulak coti Hari Wilayah isnin depan.. pergghh..meriahh..

Ni plak satu hal.. ada laa satu mamat ni..bawak keta punya laa slow.. tau la Jalan Kuching ni hari-hari jem dah biasa bawak keta slow.. tapi agak-agak laa.. dah nampak jalan clear bawak laa laju sikit..orang nak gi keje..

..Laju salahh.. slow pun salahh.. abih tu camano?

Ontah laa jangg..tak dapek acik nak nolong dohh..


APA PANDANG-PANDANG?!..TAK PUAS HATI CAKAPPP...!

zwani.com myspace graphic comments

Wednesday, January 28, 2009

..Cat Walk @ Jalan Kuching..

..best giler.. hari ni sebelum 7.45a.m aku dah tercongok kat depan pintu ofis.. kalau tak, selagi tak pukul 8.45a.m..jangan harap nak tengok muka aku.. Kan best kalau hari-hari camni..lega kepala otak pagi-pagi ni kalau jalan tak sesak.. Kadang-kadang tu aku sendiripun pelik.. tak tau kat mana punca jem tetiba je jalan clear balik..lepas tu sangkut balik..tu lah keje nye dari mula start enjin keta kat rumah sampai la ke parking keta kat tempat keje..hari-hari! Bukannya jauhpun..tak sampai 20km tapi amik masa satu setengah jam.. Kalau jalan clear macam hari ni tak sampai 20 minitpun. Itulah Jalan Kuching.. ada tiga lane pun sesak macam tin sardin!

Catwalk…(Jalan Kuching laa tuu..) ..yang sokmo buat blood pressure aku kejap-kejap naikk.. tensionn..

Tuesday, January 27, 2009

..kalau dah jodoh tak ke mana..

..bila orang kata ‘cinta itu buta..’ ramai yang tersengehh.. ada yang tersenyum sumbing.. tak kurang jugak yang tergelak sinis.. yang mencebik pun ada.. ada pulak yang dengan confident nya kata..aarrgghh..mengarut la semua tu.. tapi jangan tak caya ramai jugak yang bersetuju dengan statement ni terutama pada sapa-sapa yang pernah mengalaminya..

Ahh..sudahh..bukak bab cinta-cintun la pulakk..

Letih la sikittt.. tapi cerita cinta yang nak aku kongsi ni lain sikit.. bukannya ala-ala cinta monyet budak-budak remaja skang ni..cintan main hantar-hantar lagu laa..(macam pernah buat je dulu..) SMS dah tak kira siang-malam..tengah memerut dalam toiletpun sempat lagi hantar mesej ..eiii..rimas you!..apa la agaknya yang diorang tu dok sms kan?.. tapi biasa laa.. time bercinta kentutpun wangi..

‘Bertemu-jodoh’ di usia emas.. jangankan saudara-mara, tuan punya badanpun kadang-kadang tak pernah terpikir akan bertemu dengan orang yang dapat ‘memikat’ hati dan akhirnya membuat satu keputusan untuk hidup berdua. Begitulah hebatnya kuasa tuhan..orang kata kalau dah jodoh tak ke mana. Seorang ibu tunggal yang kematian suami secara mengejut ketika usianya baru 32 tahun bertekad membesarkan anak yang ketika itu baru berusia lima tahun seorang diri. Kini hanya selepas 26 tahun baru hatinya terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki yang bergelar suami. Cik Leha (bukan nama sebenar..hehhh..), makcik kami yang memang terkenal dengan sikap penyayang, pemurah, suka berjenaka dan easy going.. memang jarang-jarang kami lihat susah hati.. tapi dalam hati tak siapa yang tahu. Mungkin ‘kesepian’ nya selama ini terlindung dek sikapnya yang ceria.. Yang pasti Pakcik Salleh (bukan nama sebenar..iskk..) ..bukan calang-calang orang.. seorang bapa tunggal yang juga kehilangan isteri.. dialah lelaki yang berjaya mencairkan hati makcik kami tu. Perrgghhh…bukan main meriah majlis dioranggg.. sekampung datanggg..



Mungkin pada usia sebegini..bukan sekadar cinta yang mereka perlukan. Tetapi apa yang lebih penting adalah perhatian.. kasih sayang dan keserasian.

Kasih sayang orang-orang tua ni.. kadang-kadang lebih romantik..

Wednesday, January 7, 2009

..tahun baru lagi..

…pejam celik..pejam celik..dah pun masuk tahun 2009.. rasa macam baru je sambut birthday yang ke ..ehemm..ehemm.. dah nak tambah setahun lagi.. Orang kata, makin lama umur kita ni makin bertambah..tapi kita ‘jarang-jarang’ tersedar yang sebenarnya umur kita ni makin hari makin ‘berkuranggg’..sapo nak jawap tu?.. Macam biasa masuk je tahun baru..ramai laa yang konon2 nyer nak berazam baru walaupun yang lama tu ntah menjadi ke tak. Akupun lebih-kurang laa.. antara azam terhangat sementara tahun baru ni masih baru.., aku ingat nak kurangkan berat badan agak-agak dalam 5 kilo..(dalam tempoh 6 bulan..isk..isk..). Tak tau laa..azam baru ni masuk dalam kategori apa..tapi the best part, hari pertama 2009 aku gi breakfast kat Restoran Pelita Bangsar..tibai mee goreng mamak telor mata dengan teh ais gelas besar. Camane tu ekk..

Malam hari pertama tahun baru yang lalu jugak aku dapat berita yang agak menyedih & mengejutkan.. Salah seorang daripada kawan sepejabat tempat kerja lama aku dulu kehilangan isterinya akibat kanser payudara. Arwah meninggal dunia dalam usia awal 30an ..meninggalkan dua orang anak yang masih kecil, yang sulong belum lagi bersekolah dan yang kecil baru berusia setahun lebih. Ajal dan maut sememangnya kerja tuhan.. tapi kita manusia kadang-kadang leka dan lena.. Mungkin ada cara; bukan untuk melarikan diri dari maut, tapi sekurang-kurangnya apabila sampai masa datangnya malaikat maut, kita bersedia bukan saja untuk diri sendiri malah lebih lagi untuk orang-orang yang kita tinggalkan..


..so? ..renung-renungkan dan selamat beramaaalll…

Thursday, January 1, 2009

..Selamat tinggal 2008..

..jangan la tanya apa azam aku tahun 2008.. bukannya lupa, tapi dah tak berapa nak ingat..! ..rasanya macam banyak je tapi akupun tak sure dah tercapai ke tidak.. Macam tu la tiap-tiap tahun.. Tapi apa yang pasti tahun 2008 memang banyak sangat kenangan manis dalam hidup aku.. confirm!


Tak kisah la korang nak kata 'azam' ke..'cita-cita' ke.. atau apa je yang sewaktu dengannya.. yang aku tau 'hajat' & 'keinginan' aku nak jadi seorang 'bapak' akhirnya tercapai.. 13 Mac 2008 hari Khamis jam 9.25 pagi, puteri kesayangan aku QASEH EMILY buat pertama kalinya mula melihat dunia.. dan bermula dari saat itu jadilah aku seorang 'babah' yang paling bahagia kat atas planet bumi ni.. Itulah hadiah hari jadi yang paling berharga dan bermakna dalam hidup aku selama hari ini.. Penantian selama lapan tahun cukup mengajar erti kesabaran.. dan kesabaran itu berbaloi.. Tuhan tu Maha Kaya.. Maha Adil dan Maha Mengetahui.. macam-macam cara Dia bleh test kita.. Sabor je laa...




Tu satu.., tahun 2008 jugaklah yang membuka jalan untuk aku melangkah lebih jauh dalam kerjaya.. Wujud satu kekuatan dalam diri untuk aku 'berhijrah' keluar dari comfort zone yang dah lebih 13 tahun aku lalui.. 15 December 2008 aku melapor diri di sebuah syarikat baru.. tempat kerja baru.. buat kerja baru.. jumpa kawan baru.. semua laa baru.. (first day pakai baju & seluar baru tuu be..) yang mana aku ingat pengalaman hari pertama macam tu jugak pernah aku lalui pada 13 Julai 1995.. Cuma suasana tu memang jauh la berbeza..13 tahun dulu aku baru lepas grad. masuk kerja first day memang look like stupid betul.. Skang ni lak masuk tempat kerja baru.. look like good laa..


..2008.. apa lagi ekk.. ni tengah nak recall laa ni..

..aku nak jugakkk..

Salam perkenalan.. alamak suspen la pulakk..

..lama dah aku berhajat nak tersenarai dalam jutaan 'blogger' yg ada kat dunia ni.. malam ni baru tercapai.. tu pun secara tak tersengaja you.. Akupun tak tau apa pekdahnya aku dapat buat blog ni.. tapi takpe, you'll not regret.. Ekceli banyak yg aku nak berkongsi cerita dengan korang sumer (..korang? ..hehh..peminat I laa tuu..).. Nak baca ke taknak..aku tak pedulik..aku nak tulis jugakk! Lagipun lama dah aku tak mengasah bakat menulis aku yg dekat2 nak berkarat ni.. Cuma skang ni jam dah pukul 1.25 pagi..mata dah ngantuk walaupun idea tengah datang mencurah2 melimpah-ruah ni.. I got to go babeh.. Sebelum terlupa.. Happy New Year!!..semoga 2009 menjanjikan kebahagiaan..kemakmuran..kejayaan..kekayaan.. insyaAllah..

zwani.com myspace graphic comments



p/s: ..sambut tahun baru atas katil je..